HOME

Sunday, May 7, 2023

jenis kurma

 



JENIS KURMA YANG POPULAR DI MALAYSIA:






1.KURMA AJWA

mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah ٱللَّهِ.

Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya ketika Baginda ﷺ berbuka puasa.

Rasulullah ﷺ sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ﷺ yang mulia.

.

Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ﷺ menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.

Dari sumber-sumber yang lain pula mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ﷺ adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.

.

Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ﷺ. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah.

.

Pada masa ini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Itu pun ada pembekal yang menjual buah kurma ajwa yang belum masak untuk mendapat untung dengan merendamkannya dengan pemanis buatan.

Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg., manakala di Malaysia harganya boleh mencapai RM 80.00 – RM 160.00/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati, jus pekat  dan minuman serta  mudah didapati di negara kita.

Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat kebaikan daripada kurma ajwa ini, dengan mengambil kurma ajwa ini secara teratur InsyaAllah boleh terhindar daripada perbagai penyakit sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.






2.KURMA SAFAWI

Safawi صفاوي kurma yang terbaik selepas ajwa, bentuknya agak lonjong dan merah kehitaman. Hidup subur di bumi Madinah dan sangat popular kerana teksturnya yang ‘chewy’. Bagaikan mengunyah coklat dengan rasa kurang manis anda akan terpukau dengan keenakannya serta sukar untuk berhenti. Ambil lah safawi sewaktu perut kosong, ia akan membantu melawan cacing perut yang jahat di samping membekalkan banyak mineral berkualiti tinggi untuk tubuh badan.





3.KURMA ROTUB ATAU KURMA MUDA

Kurma Rotab Bam, juga dikenali sebagai Kurma Kimia dan juga Kurma Mazafati. Kurma ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis buah kurma yang terdapat di Iran. Ia ditanam terutamanya di wilayah Kerman, dan mendapat namanya sebagai ‘Kurma Bam’ bersempena dengan nama bandar di wilayah tersebut. Sebagai salah satu kawasan penanaman Kurma Rotab Bam yang terbesar, bandar Bam mempunyai kira-kira 28,000 hektar (69,000 ekar) tanah di bawah penuaian, di mana kira-kira 5,000 hektar (12,000 ekar) adalah untuk pokok kurma palma muda. Kurma Rotab Bam turut dianggarkan untuk menyumbang 10% daripada jumlah tanaman kurma Iran yang beranggaran sebanyak 120,000 tan. Lebih dari 30% oleh jumlah tanaman tersebut dieksport ke seluruh pelosok dunia. Pokok Kurma Rotab Bam juga boleh kekal dalam pengeluaran selama lebih 60 tahun.

Kurma Rotab Bam mempunyai ciri-ciri unik seperti berwarna gelap dan kehitaman dengan kulit yang berkilat dan nipis serta mudah ditanggalkan. Isinya adalah manis dan mempunyai lebih banyak jus apabila dibandingkan dengan kurma-kurma lain. Dengan saiznya yang sederhana, ia mungkin jenis kurma yang paling popular dan terkenal dengan rasa yang unik. Kurma Rotab Bam dianggap sebagai salah satu yang paling lazat berbanding jenis lain. Oleh itu, kurma ini sangat sesuai untuk digunakan secara segar, kerana jangka hayatnya yang panjang. Kebaikannya adalah apabila dibekukan pada suhu −5 darjah Celsius (23 °F) ia boleh disimpan dengan lama sehingga 2 tahun.

Kurma Rotab Bam tinggi kandungan zat besi dan gula semula jadi yang sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Buah ini terdiri daripada pelbagai khasiat kalsium, magnesium, kalium, serta vitamin-vitamin. Antaranya seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, Vitamin K dan sebagainya. Selain itu, Kurma Rotab Bam juga mempunyai kandungan rendah lemak dan tinggi dalam serat dan protein, yang menjadikannya snek yang sihat. 








4.KURMA MEDJOOL

Kurma Medjool Palestine ditanam di kawasan Jericho di Palestin, yang mempunyai iklim yang sempurna untuk menghasilkan kurma yang lazat. Kurma Medjool turut dikenali sebagai ‘Raja Kurma’ kerana saiznya yang besar. Variasi ini juga mempunyai isi yang tebal dan rasa manis, karamel dan tekstur kenyal. Kulitnya seringkali berwarna perang gelap dan kulit yang bertekstur. Seperti buah kurma jenis lain, Kurma Medjool Palestine juga mempunyai biji di tengah isi yang berwarna kekuningan.






5.KURMA DEGLET NOUR ATAU KURMA BERTANGKAI

Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma dan nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria dan ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran.  Buah kurma tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, ciri-ciri ini yang membezakan ianya daripada kurma lain. Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. productnation






6.KURMA MARIAMI

Kurma Mariami merupakan kurma yang banyak dikaitkan dengan kaum wanita. Nama Mariami tu sendiri pun diambil sempena nama “Mariam” iaitu ibu nabi Isa AS. Apa kelebihan kurma ini. Pastilah banyak kelebihan terutama kepada kaum wanita sendiri.

No comments:

Post a Comment

pandangan ulama

Hadis Kurma Ajwa Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْم...