HOME

Friday, May 12, 2023

pandangan ulama













Hadis Kurma Ajwa

Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلا سِحْرٌ

Siapa yang setiap hari sarapan kurma Ajwa 7 butir, maka racun maupun sihir tidak akan memberikan kesan baginya di hari itu.

(HR. Bukhari 5130 & Muslim 5460)










Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :





والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]






Hadis kurma ajwa seterusnya, daripada Aisyah R. Anha bahawa Nabi SAW bersabda :





إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]








PANDANGAN ULAMA:







KESIMPULAN:

 

BUAH KURMA BUKAN SAHAJA MAKANAN UNTUK DIMAKAN HANYA PADA BULAN RAMADHAN.IANYA JUGA MAKANAN SUNNAH YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.BUAH KURMA JUGA TERDAPAT BANYAK KHASIAT BERMULA DARI LUAR HINGGALAH DALAM TUBUH MANUSIA DAN LAIN LAIN.

Sunday, May 7, 2023

jenis kurma

 



JENIS KURMA YANG POPULAR DI MALAYSIA:






1.KURMA AJWA

mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah ٱللَّهِ.

Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya ketika Baginda ﷺ berbuka puasa.

Rasulullah ﷺ sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ﷺ yang mulia.

.

Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ﷺ menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.

Dari sumber-sumber yang lain pula mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ﷺ adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.

.

Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ﷺ. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah.

.

Pada masa ini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Itu pun ada pembekal yang menjual buah kurma ajwa yang belum masak untuk mendapat untung dengan merendamkannya dengan pemanis buatan.

Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg., manakala di Malaysia harganya boleh mencapai RM 80.00 – RM 160.00/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati, jus pekat  dan minuman serta  mudah didapati di negara kita.

Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat kebaikan daripada kurma ajwa ini, dengan mengambil kurma ajwa ini secara teratur InsyaAllah boleh terhindar daripada perbagai penyakit sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.






2.KURMA SAFAWI

Safawi صفاوي kurma yang terbaik selepas ajwa, bentuknya agak lonjong dan merah kehitaman. Hidup subur di bumi Madinah dan sangat popular kerana teksturnya yang ‘chewy’. Bagaikan mengunyah coklat dengan rasa kurang manis anda akan terpukau dengan keenakannya serta sukar untuk berhenti. Ambil lah safawi sewaktu perut kosong, ia akan membantu melawan cacing perut yang jahat di samping membekalkan banyak mineral berkualiti tinggi untuk tubuh badan.





3.KURMA ROTUB ATAU KURMA MUDA

Kurma Rotab Bam, juga dikenali sebagai Kurma Kimia dan juga Kurma Mazafati. Kurma ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis buah kurma yang terdapat di Iran. Ia ditanam terutamanya di wilayah Kerman, dan mendapat namanya sebagai ‘Kurma Bam’ bersempena dengan nama bandar di wilayah tersebut. Sebagai salah satu kawasan penanaman Kurma Rotab Bam yang terbesar, bandar Bam mempunyai kira-kira 28,000 hektar (69,000 ekar) tanah di bawah penuaian, di mana kira-kira 5,000 hektar (12,000 ekar) adalah untuk pokok kurma palma muda. Kurma Rotab Bam turut dianggarkan untuk menyumbang 10% daripada jumlah tanaman kurma Iran yang beranggaran sebanyak 120,000 tan. Lebih dari 30% oleh jumlah tanaman tersebut dieksport ke seluruh pelosok dunia. Pokok Kurma Rotab Bam juga boleh kekal dalam pengeluaran selama lebih 60 tahun.

Kurma Rotab Bam mempunyai ciri-ciri unik seperti berwarna gelap dan kehitaman dengan kulit yang berkilat dan nipis serta mudah ditanggalkan. Isinya adalah manis dan mempunyai lebih banyak jus apabila dibandingkan dengan kurma-kurma lain. Dengan saiznya yang sederhana, ia mungkin jenis kurma yang paling popular dan terkenal dengan rasa yang unik. Kurma Rotab Bam dianggap sebagai salah satu yang paling lazat berbanding jenis lain. Oleh itu, kurma ini sangat sesuai untuk digunakan secara segar, kerana jangka hayatnya yang panjang. Kebaikannya adalah apabila dibekukan pada suhu −5 darjah Celsius (23 °F) ia boleh disimpan dengan lama sehingga 2 tahun.

Kurma Rotab Bam tinggi kandungan zat besi dan gula semula jadi yang sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Buah ini terdiri daripada pelbagai khasiat kalsium, magnesium, kalium, serta vitamin-vitamin. Antaranya seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, Vitamin K dan sebagainya. Selain itu, Kurma Rotab Bam juga mempunyai kandungan rendah lemak dan tinggi dalam serat dan protein, yang menjadikannya snek yang sihat. 








4.KURMA MEDJOOL

Kurma Medjool Palestine ditanam di kawasan Jericho di Palestin, yang mempunyai iklim yang sempurna untuk menghasilkan kurma yang lazat. Kurma Medjool turut dikenali sebagai ‘Raja Kurma’ kerana saiznya yang besar. Variasi ini juga mempunyai isi yang tebal dan rasa manis, karamel dan tekstur kenyal. Kulitnya seringkali berwarna perang gelap dan kulit yang bertekstur. Seperti buah kurma jenis lain, Kurma Medjool Palestine juga mempunyai biji di tengah isi yang berwarna kekuningan.






5.KURMA DEGLET NOUR ATAU KURMA BERTANGKAI

Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma dan nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria dan ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran.  Buah kurma tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, ciri-ciri ini yang membezakan ianya daripada kurma lain. Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. productnation






6.KURMA MARIAMI

Kurma Mariami merupakan kurma yang banyak dikaitkan dengan kaum wanita. Nama Mariami tu sendiri pun diambil sempena nama “Mariam” iaitu ibu nabi Isa AS. Apa kelebihan kurma ini. Pastilah banyak kelebihan terutama kepada kaum wanita sendiri.

khasiat kurma




TERDAPAT 12 KHASIAT KURMA PADA KESIHATAN:


1.SUMBER TENAGA YANG BAGUS DAN CEPAT.

Kurma boleh menjadi sumber tenaga yang bagus dan cepat. Hal ini kerana kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang merangkumi sehingga 70% daripada buah kurma tersebut. Karbohidrat ringkas yang ada di dalam kurma ini adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga, sekaligus mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat. Oleh itu, ia sesuai untuk diambil setelah bersenam atau ketika badan terasa letih bagi mengembalikan semula tenaga yang telah hilang dan menguatkan kembali badan.  Jadi, tidak hairanlah ia bagus untuk diambil oleh para atlet atau bagi umat Islam ketika berbuka puasa setelah seharian berpuasa.


2.MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN.

Kurma juga boleh membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung. Kajian yang dijalankan terhadap 91 orang wanita mengandung yang mengambil 70-76g kurma setiap hari mulai minggu ke-37 kehamilan mendapati bahawa pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang daripada wanita yang tidak mengambil kurma. Ini kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.

Kajian yang dijalankan di Malaysia juga telah mendapati bahawa kurma juga boleh mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma. Kajian itu mendapati bahawa pengambilan 7 biji kurma (kira-kira 80g) mulai minggu ke 37.66 kehamilan mungkin bermanfaat dalam peningkatan peluang untuk mengalami kelahiran secara spontan (kelahiran semulajadi) dan dapat membantu mengurangkan keperluan induksi kehamilan.

Kurma dapat membantu proses bersalin kerana komponen yang ada di dalamnya yang boleh mengikat reseptor oksitosin dan meniru fungsi oksitosin yang menyebabkan kontraksi semasa bersalin seterusnya memudahkan proses melahirkan anak. Kurma juga mengandungi komponen tanin yang boleh membantu proses kontraksi.  Namun begitu, bukti klinikal untuk menyokong kesan klinikal tersebut masih lagi kurang. Kajian yang terperinci masih lagi perlu dilakukan untuk membuktikan kesan tersebut.


3.BERPOTENSI MENCEGAH KANSER.

Selain itu, kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100µg/mL mendapati bahawa ekstrak kurma Ajwa berpotensi menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser di organ-organ tersebut. Aktiviti antitumor ini adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan seperti flavonoid, quercetin, steroids dan polifenol yang ada di dalam buah kurma tersebut.

Aktiviti antioksidan ini meningkatkan aktiviti enzim antioksidan seperti superoxide dismutase (SOD) dan glutathione-S-transferase (GST) yang boleh menghalang penambahan  sel rosak/tidak normal dengan mengurangkan peluang mutagenesis iaitu aktiviti mutasi DNA yang boleh meningkatkan pertumbuhan sel tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kurma dapat mencegah penyakit kanser melalui kawalan genetik


4.BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

Kurma juga baik untuk sistem penghadaman sekaligus mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman seperti sembelit. Hal ini kerana kurma juga mengandungi serat di mana terdapat kira-kira 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma. Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya,  meningkatkan kadar pergerakan usus dan  memudahkan najis untuk melalui usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.

Kajian yand dijalankan mendapati bahawa pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa selama 21 hari telah meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan najis walaupun tidak meningkatkan jumlah mikroorganisma baik di dalam usus. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa pengambilan kurma juga baik untuk sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan risiko kanser usus tanpa mengubah mirkroorganisma di dalam usus.


5.BAIK UNTUK FUNGSI OTAK.

Kurma juga baik untuk fungsi otak. Kajian makmal mendapati bahawa kurma mempunyai potensi terapeutik terhadap penyakit Alzheimer yang boleh menunjukkan simptom seperti gangguan ingatan yang teruk sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Kajian mendapati bahawa kurma mempunyai perlindungan terhadap keradangan dan oksidatif stres di otak yang boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer.

Hal ini kerana aktiviti antioksidan yang terdapat di dalam kurma seperti asid fenolik, asid ferulik dan asid caffeic. Kajian lain terhadap tikus juga mendapati bahawa tikus yang diberi makanan yang dicampur dengan kurma mempunyai daya ingatan dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik dan juga tingkah laku yang kurang berkaitan dengan kegelisahan berbanding dengan yang tidak diberi kurma.


6.MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DALAM DARAH.

Di samping itu, kurma juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa biji kurma (Ajwa dan Sukkari) mempunyai aktiviti hypolipidimik yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam tikus yang mempunyai masalah diabetes atau masalah kolestrol tinggi. Kajian ke atas tikus albino juga mendapati bahawa ekstrak buah kurma mampu menurunkan paras kolesterol dan trigliceride tikus tersebut.


7.MENINGKATKAN KESIHATAN KARDIOVASKULAR.

Kurma juga bagus bagi meningkatkan kesihatan kardiovaskular seperti jantung. Jantung adalah organ penting bagi manusia kerana fungsinya untuk mengepam dan membekalkan darah ke seluruh badan.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kurma boleh mengurangkan kadar trigliceride dan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan penyumbatan plak di arteri  dan meningkatkan risiko serangan jantung. Kurma juga mempunyai kalium yang tinggi namun rendah garam yang boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi sekaligus mengelakkan serangan penyakit jantung. Aktiviti antioksidan dan antiradang yang ada pada buah kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.


8.ANTIVIRUS, ANTIKULAT DAN ANTIBAKTERIA.

Kurma juga mempunyai sifat antivirus, antikulat dan antibakteria yang boleh membantu mencegah jangkitan dalam badan manusia. Kajian menunjukkan sifat antimikrobial buah kurma mampu menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Klebsiella pneumoni, Candida albicans, C. krusei dan Pseudomonas aeroginos.

Oleh itu, pengambilan buah kurma mampu menghalang pertumbuhan organisma tersebut sekaligus mampu mencegah penyakit yang berkaitan dengan mikroorganisma tersebut. Contohnya, jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus boleh menyebabkan masalah seperti jerawat, bisul dan abses iaitu jangkitan kulit yang sangat mudah berjangkit. Di samping itu, penggunaan antimikrobial yang baru menggunakan sumber semulajadi seperti kurma adalah bagus bagi melawan kerintangan mikroorganisma tersebut terhadap ubat antimikrobial yang sudah ada di pasaran.


9.AKTIVITI ANTIDIABETIK

Aktiviti antidiabetik adalah penting untuk mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi pesakit diabetes. Pelbagai kajian tabung uji dan kajian haiwan telah mendapati bahawa kurma juga mempunyai aktiviti antidiabetik yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Satu kajian terhadap tikus yang mempunyai masalah diabetes telah menunjukkan bahawa 100g/L ekstrak biji kurma Ajwa mampu menurunkan paras gula dalam darah tikus tersebut. Hal ini kerana antioksidan yang ada di dalam kurma seperti flavenoid, steroid, fenolik dan saponin yang mempunyai sifat antidiabetik.

Selain itu, antara kebimbangan yang sentiasa berlaku adalah kurma boleh meningkatkan paras gula dalam darah disebabkan karbohidrat ringkas yang ada di dalamnya. Namun begitu, terdapat satu kajian yang dijalankan di Arab Saudi yang mendapati bahawa pengambilan kurma sehingga 100g sehari tiada perkaitan dengan risiko diabetes. Di samping itu, terdapat juga kajian ke atas  subjek manusia sihat yang menunjukkan bahawa pengambilan kurma sebanyak 100g tidak meningkatkan paras gula semasa berpuasa tetapi telah meningkatkan paras gula setelah makan.


10.BAGUS UNTUK TULANG DAN GIGI.

Oleh kerana nutrisinya yang tinggi kalsium, fosforus dan magnesium, kurma juga bagus untuk tulang. Komponen tersebut  penting untuk gigi yang sihat, melindungi tulang dari osteoporosis, serta mampu menyokong fungsi sel di dalam badan.


11.AKTIVITI ANTIOKSIDAN.

Kurma juga tinggi dengan aktiviti antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas sekaligus memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan seperti mampu mencegah penyakit. Pelbagai kajian telah menunjukkan aktiviti antioksidan yang ada di dalam kurma.Hal ini kerana kurma mengandungi pelbagai antioksidan termasuklah polifenol, flavonoid, sterol, tanin dan vitamin C sebagai sumber antioksidan yang baik sekaligus berperanan melindungi sel daripada radikal bebas.


12.MENGURANGKAN KERADANGAN.

Keradangan adalah proses penting yang bertindakbalas kepada kecederaan seperti luka terbakar, jangkitan kuman, alergen, bahan kimia toksik dan rangsangan lain. Ia adalah tindakbalas imuniti tubuh yang akan menyebab keadaan bengkak, radang, panas dan sakit di kawasan yang mengalami proses keradangan tersebut. Keradangan yang tidak seimbang boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti diabetes dan artritis.

Buah kurma juga mengandungi pelbagai komponen fitokimia seperti polifenol, flavonoid, proanthocyanidins, β-carotene dan mineral seperti selenium yang mempunyai sifat antiradang. Pelbagai kajian juga telah mendapati aktiviti antiradang daripada ekstrak kurma yang mampu menghalang keradangan.



Saturday, April 29, 2023

KETAHUI KURMA DAN KHASIATNYA

PENGENALAN


    Blog ini dihasilkan oleh saya dan dua lagi ahli kumpulan saya.Pertama kali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu PUAN WAN ZAMILAH BINTI IBRAHIM kerana telah membimbing kami dalam memberi idea bagi menghasilkan tugasan ini.

    Blog ini kami sajikan khas kepada anda semua bagi tujuan mendalami lagi tentang buah kurma dan khasiatnya, kami telah membuat sedikit analisis berkaitan buah kurma dan khasiat buah kurma.

   Dalam blog ini terdapat pelbagai tajuk kecil yang telah kami sediakan.Kami telah menghasilkan blog ini selama kurang lebih dua minggu, ini kerana kami mencari tahu tentang tajuk ini dari pelbagai pendapat dan fakta.



DISEDIAKAN OLEH:







                           AHLI KUMPULAN:



1)MOHAMMAD DANIELRAFIQI BIN MOHD AZLAN (04DPT22F1012)



2)MUHAMMAD NAZRI BIN SHAFE (04DPT22F1054)



3)WAN MUHAMMAD RIZAL BIN WAN IMRAN (04DPT22F1060)












Tahukah anda bahawa kurma berasal dari negara mana?

Kurma ialah tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan barat Afrika Utara hingga ke Maghribi dan telah dijelaskan di beberapa tempat-tempat dalam al-Qur'an.







NAMA SAINTIFIK KURMA.

KURMA (Phoenix dactylifera) atau 'Date Palm' dari keluarga ARECACEAE merupakan sejenis tanaman yang hidup semenjak beribu tahun dulu di kawasan gurun di Arab Saudi, Timur Tengah dan kawasan Benua Afrika Utara yang di gunakan sebagai sumber makanan utama penduduk di negara-negara tersebut. Umat Islam yang telah pergi ke Arab Saudi pastinya tidak lepaskan peluang untuk melihat pokok-pokok kurma yang di tanam di tepi jalan dan juga di sekitar masjid-masjid serta tempat rombongan jemaah berziarah. Kita di Malaysia pun memang merupakan pengguna dan makan kurma terutama di bulan Ramadan setiap tahun sebagai hidangan yang amat di perlukan. Semasa saya ke Arab Saudi dulu pada tahun 2000 pun memang berpeluang melawat kebun kurma di Masjid Qubaa' dan amat suka membeli dan makan buah kurma segar yang dibeli dipasar kurma yang sangat lazat dan murah. Boleh kata kalau ada kesempatan akan membeli kurma segar terutama ketika di Madinah. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kurma berdasarkan pembacaan dari beberapa buah buku dan rujukan dalam laman sesawang serta pengalaman semasa di tanah Arab Saudi pada tahun 2000 dan lawatan sambil kerja dengan Ketua Pengarah Pertanian masa itu (Dato Soffian) ke Dina Farm, Cairo di Mesir pada tahun 2005.


































pandangan ulama

Hadis Kurma Ajwa Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْم...